Kemerdekaan Ke 52 Tahun

Date: 8.30.2009 |

Kemerdekaan kali ini aku sambut sama seperti tahun-tahun lepas.
dok rumah tgok tv sampai lebam.
dari semalam lagi cerita kat tv mengisahkan kemerdekaan.

Aku tak la berjiwa patriotik.
tp aku tak la alpa sampai tak tau bila hari merdeka.
masih lagi berpijak di bumi yang nyata tau..hehehe.

Cuma kali ini agak belainan sebab sabut merdeka dalam bulan ramadhan.
tp ok jugak, rasanya lebih banyak keberkatannya.
insyaallah......

Tp kan yang paling aku suka adalah tgok iklan-iklan kat tv pasal kemerdekaan ni.
best sgt...
tp tahun ni tak banyak ada iklan-iklan baru.
yang paling aku suka adalah iklan "Percintaan Tan Hoo Meng"
mesti korang perasan iklan seorang anak cina yang suka dekat seorang budak perempuan tu.
aku suka tgok muka budak cina tu.
dengan mata sepet, gigi 2 batang kat depan tu...
so sweeeeeeeet.
jom layan video ni yang aku amik dari utiub.


Apa kamu nak cakap pada dia?
Kamu nak keluar bersama tak, makan malam kita yang romantik?

eee cuba tgok muka dia masa cakap tu,
cute sgt! rasa nak cubit-cubit je pipi dia..
hahahah.

Tik Tok Tik Tok

Date: 8.29.2009 |
Jam baru menunjukkan pukul 340.
huhu.. lama lagi nk tgu berbuka ni.
bila duduk rumah tak de wat pe rasa mcm lambat je masa berlalu.
kalo kat ofis pun rasa lambat jugak..
dah tu nak duduk mana bg masa cepat berlalu yek? hehehe.

Apa menu berbuka korang hari ni?
mee goreng? laksa? sate?
oh aku dah beli sate semalam.
sampai tak habis aku makan.
tu la tamak beli banyak-banyak tak hengat.
dari hari tu lagi dah ngidam nak makan sate.
akhirnya dapat jugak.
sekarang ni ngidam nak makan nasi ambeng.
sis ixora punya pasal la ni, sape suh dia pi pamerkan nasi ambeng kat blog besor-besor.
kan dah ngidam makcik ni.. huhu T_T bila la nak dapat nasi ambeng pun tak tau la..
sebab setau aku kat area kajang ni mmg susah nak jumpa.

Tp tak pe.
tak dapat nasi ambeng dapat big apple pun ok jugak.
yang ini senang skit nak dapatkan.
kat mines ada, alamanda pun ada.
waaahhh.. selere besor tul aku ni.

Tp menu aku hari ini adalah..............................
rendang ayam + nasi impit + ayam masak lemak cili padi + goreng pisang + air sirap bandung.
waaahh cam nak raya plak ada nasi impit bagaikan.
ngeeeeeeeeeeeeeeeee..
hari ni tgl berdua dgn mak aku so lauk pauk agak simple skit.
akak aku pi balik umah mak mertua kat Pahang.
yelahh................ org ada mak mertua la katakan kan....

bahan-bahan dah di beli pagi-pagi tadi di pasar.
sekarang tinggal nak masak je.
ok la ye kawan-kawan ni sahaja coretan kali ini.
nak bersiap sedia di dapur pulak.
selamat berbuka............

*eh macam la aku yang nak masak sgt.. makkk............ org tolong potong bawang je yek.. ngeeeeeeeeeeee..


xoxo
QueeN.

Bulan Puasa Banyak Betul Dugaannya

Date: 8.27.2009 |

Kalau tak ingat hari ni puasa mmg dah ramai orang kene maki dgn aku..
wah giler garang aku ni..
tp betul......
hari ni semua orang wat aku nak naik angin jek..
tambah plak dah petang, dah penat,
ada je yang tak kene kan..
maklumla perut dah lapo kan,
kalo boleh org pun nak di makannye.. hahaha..

Petang td pi amik baju raya mak kat Serdang nun.
aku janji dgn cinos tu nak amik 24hb.
hari ni dah bape hari bulan ye dak..
aku lupa la..
maklumla bulan-bulan puasa ni, waktu-waktu yang ada amat bermakna bagi aku..
kedai tailor tu bukak petang..
waktu urus niaga dari jam 4 ptg sampai 8 malam sahaja.
dah la kedai betul-betul berhadapan dgn bazar ramadhan.
korang bayangkan sendiri la betapa sesaknya jalan kat situ bila menjelang petang kan.
hai.... tp membayangkan perjanjian [cewahhhh] so kene tunaikan juga la..

Sekarang ni bukan aku hangin dgn tailor tu,
tp bengang dengan pengguna-pengguna jalan raya ni..
aku tak tau la nape hari ni teruk sangat perangai pengguna-pengguna jalan raya.
ada yang masuk jalan one way la.
pastu bila aku hon wat bodooooo jek..
dah la masuk jalan org, pastu boleh plak bawak kete tu tgh-tgh jalan.
macam aku plak yg amik jalan dia.
tak pasal-pasal aku yang kene elak ke tepi skit..
uihs sabor jek laaaa...

Pastu masuk jalan org tak nak bagi isyarat pn ada.
beli je kete mahal-mahal tp signal tak mo guna.
nak kata tak sekolah, boleh plak beli kete honda mahal-mahal tu..
ish ntah hape hape jek la..

Td aku ada terbaca dekat 1 blog ni.
dia mengatakan kebanyakkan pengguna yang banyak buat kesalahan jalan raya adalah perempuan.
uih dari apa yg aku tgok td lelaki pun same jek.
belagak plak tu.
bila tgok perempuan ni yang bawak kete cam di pandang rendah jek..
td pun ada mamat sikit punya bongkak.
aku nak masuk 1 simpang ni, dan dah bagi isyarat awal-awal.
tetiba dtg 1 kete nak keluar dari simpang tu.
sepatutnya dia bg aku tuk masuk simpang tu dulu.
tp dia laju je nak kuar simpang.
bila aku wat bodo je tak bagi can dia jalan, mula pandang aku macam nak kuar bijik mata..
eeee rasa nak korek jek bijik mata dia tu dgn spana hidup.
tapi.....
astafirullahalazim..
sabor.. sabor.. puasa ni..

itu sahaja luahan untuk kali ini.
lama pendam dalam hati dari ptg td.
sekarang dah legaaa..
so boleh la makan untuk round ke 2..
ngeeee.. bye kawan-kawan.


xoxo
QueeN.

Hai Pening²

Date: 8.26.2009 |
Biasalah kan, bila nak raya semua benda nak kene fikir..
kuih raya, baju raya [ini wajib], duit raya..
bila di fikir semuanya mau demam balik aku neh.. uhuk uhuk

sekarang tgh sibuk mencari bengkel servis ekon kete..
nak cari bengkel yang bagos dan murah..
td dah jenuh tanya kawan² mana bengkel yang ok..
ada yg kata servis + gas ekon boleh buat RM75 sahaja..
tp jauh nun di Banting..
ada yg suggest kat area Serdang... harga RM100++ tp hanya servis sahaja..
di Sri Kembangan pun ada RM200++ servis + gas..

aku nak pilih mana 1 pun tak tau ni..
1st time nak servis ekon..
sbb ekon kete aku dah tak sejuk.. huhu T_T
semalam balik Perak bawak kete dlm kepanasan..
dah la pose² ni..
sob sob.. sabor je lah..

tayar depan pun kene tukar gak tu.
ish ish byk benda tak settle lagi ni..
money money money..
kau mengalir seperti air sahaja..


*tak pe kita boleh buat sendirilah.. tak nak tolong pun tak pe..


xoxo
QueeN.

Ayat Copy Paste.. Tp Penuh Bermakna..

Date: 8.24.2009 |
Creadit:- YnaaOhYnaa
Tajuk:- Bila Dah Ada Depan Mata Hargailah

Dulu arwah ayah ade, aku takde lah rase nak berkepit, nak pelok ayah 24 jam.
* Erm sama la dgn situasi aku. tak sempat pun nak bermanja dgn ayah lama-lama. umur aku 7 tahun ayah dah meninggalkan aku. dulu tak rasa sedih sgt. tp sekarang aku dah rasa terlalu kehilangannya. "Abah i miss u so much" :"(

Kawan? Kawan memang ramai. Berjuta boleh dapat. Tapi tak semua nya baek.
* Aku tak kata aku seorang kawan yang baik. siapa yang mengenali aku lebih rapat akan tau sifat aku bagaimana. dan aku tak memilih semua kawan-kawan aku yang baik-baik belaka. yelah, semua manusia ada kekurangannya. allah tidak mencipta umatnya sempurna serba serbi. tp jangan lupa allah telah mencipta untuk kita akal fikiran yang jauh lebih sempurna dari makhlukNya yang lain. jadi gunalah akal fikiran itu, supaya kita akan gembira dan tiada org lain yang akan terluka. (>_o)v

Bile kite dah ade pasangan. Tak kira bf, tunang atau suami. Hargai la pasangan kite sebaek nye. Jangan lah kau sakiti pasangan kite itu tanpe sebab.
* Kadang tu kita tak kan dapat apa yang kita nak dalam hidup kita. walaupun kita telah melakukan satu perkara sebaik-baik mungkin tp belum tentu orang lain akan melakukan benda yang sama seperti kita. mesti ada kekurangannya sebab setiap manusia berlainan hati dan fikirannya. betul kata Ynaa BERSYUKUR lah dgn apa yang ada. 0_o"


* tak tau la nape tertarik sgt dgn entry Ynaa tu..

** dan tak pasti pula nape aku beria-ia nak olah balik cerita dia..

*** mungkin kami mengelami perasaan yang masa ketika ini?

**** teetttt no komen..

***** "semalam satu sejarah, hari ini adalah realiti dan esok masih menjadi misteri.."


xoxo
QueeN.

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Date: 8.22.2009 |
Masa balik dari office td [pagi2 dah bawak diri ke office.. huhu T_T] tetiba tekak rasa gatal.. cam ada benda yang tersekat je.. dok batok2 kot2 boleh hilang ke. tapi cam ada je lagi.. mungkin kene minum baru hilang gatal ni kot.. tp.. OMG!! pose la wehhh.. mana leh minum air.. sudahnye bawak kete sambil terbatuk2.. nasib baik lepas tu ok.. tp sekarang ni aku rasa sakit tekak plak.. ish! ni yang tak suka ni.. mungkin ada ulser kat anak tekak aku ni kot. aku ni mmg suka kene ulser.. kadang sebulan sekali mesti kene.. huhu.. sangat terseksa..

Eh2 kejap hp berbunyi..

oh mok rupanya.

mok: hello syg..
queen: yes darling
mok: tgh buat apa tu..
queen: tgh tulis blog
mok: oh yeke.. nanti tulis kat situ kita telefon kamu yee..
queen: eee sibuk je.. yelah.. nanti kita tulis..
mok: ok selamat berbuka sayang..
queen: selamat berbuka..

hehehe.. sgt gediksssssssss

ok la kawan2.. waktu berbuka tinggal lagi beberapa minit sahaja lagi.. selamat berbuka puasa dan selamat menjamu selera..

0_o
QueeN.

Ramadhan Telah Kembali Lagi,, Tak Lama Lagi Syawal Pulaa..

Date: |

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam sedunia..
ada yang dah kantoi pose ke hari ni?
mana la tau terlupa baca niat pose malam td kan..

Sana sini cerita pasal puasa..
yelah nak sambut puasa kan..
tak kan nak citer pasal raya cina plak..

aku?
ada ke citer sal puasa ni..
ermm rasanya tak de la sgt..
dulu kecik² pun sambut puasa ala kadar je..
bila puasa, nak berbuka tu mak mesti suh aku g rumah makcik aku anta makanan..
pastu nanti makcik aku akan tukar bekas tu dgn makanan dia plak..
tp makanan yang selalu makcik aku anta mesti bubur..
mungkin makcik aku suka sgt makan bubur..
mcm² bubur la dia buat..
aku pun pelik jugak, dorang 1 family tak jemu ke?
tp masa tu tak tertanya plak..
maklumla kecik lagi masa tu..

Aku jugak penah ikot kawan aku niaga kat bazar setiap petang..
masa tu aku dok kat Pahang..
best jugak la tolong orang meniaga masa tu..
time orang tgh ramai mmg tak menang tangan nak layan..

Sekarang?
ermm sibuk nak membeli di bazar je la jawabnya..
aku suka makan kuih pelita..
kadang tu hari² pergi beli..
aku jenis yang jarang bangun sahur..
selalu kalo aku bangun sahur pun time aku cuti..
kadang kene marah jugak dgn mak sbb liat sgt nak bangun..
aku bukan tak nak bangun sahur,
tp bila aku bangun sahur dan lepas tu aku tido balik,
pagi esok aku mesti mengalami sakit kepala yg teruk..
aku tak tau la kenapa..
tp itu la yg akan terjadi kalo aku bangun sahur..
so dari aku menghidap sakit kepala berdenyut² sampai tak leh wat keje,
baik aku tak yah bangun..
huhuhu..

Di bulan yang mulia ini,
aku nak mohon maaf jika ada menyinggung perasaan sesiapa..
moga² ramadhan kali ini diberkati oleh Nya.
Selamat Berpuasa Kawan².

* Malam nak pose dah mengalirkan air mata.. sob sob.. sedih wOoo..
** Pagi² dah membawa hati yang terluka..

Perempuan Tetap Perempuan.

Date: 8.19.2009 |
Saya ada voucher Jusco RM20 sebanyak 15 keping.
*korang kira ar sendiri semua ada bape hengget.
jeles tak? jeles tak? ngeeee..
agak2 mana aku curik?
curik2 tak men ar.
ni dapat dari mok 2 3 minggu yang lepas..
mari kita tgok apa yang aku dapat dari voucher2 tersebut..

handbag Bum Equipment

t-shirt goggles

kemeja goggles

tak lupa juga kasut mok..
ntah pe jenama aku pun lupa..
nampak je kasutnya simple tp harga tak leh bla tul la..
aku nk cari kasut tuk dia ni sikit punya susah..
naik pening pale aku..
sume design sama je.. nak pilih mana 1 pun tak tau..
tp demi mok terchenta sanggup buat apa sajeeeee.. cewah!!

4 barang yang aku dapat..
4 barang tu pun aku mengambil masa 2 hari tuk memilih..
2 hari berturut2 aku ulang alik ke Jusco..
kalo la aku ada 300 keping voucher tu mau 7 hari 7 malam aku g Jusco.. hahaha..
dasar pompuan kan, kalo dapat shopping leh jadi gilak..
tu pun hampir2 gilak bila tak tau nak pilih handbag yg mana 1.. ngeeee..

lepas tu g cari kek plak..
dari minggu lepas aku ngidam nak makan kek secrate recepies..
sib baik la mok seorang yang pemaham aweknye ni mmg suka sgt ngidam yg bukan2..
*nak bulan pose ni weh, kene mkn habis habisan.. hehehe..
nasib ko la mok dapat awek cam aku ni..
aku mmg selalu menggedik mintak dia benda yg bukan2..
tp yg pelik aku selalu mintak makanan je..
sesekali nak gak ngidam g Bali ke, ngidam nak men payung terjun ke..
*muahaha.. gilak punya org..


kek ni nak kasi korang terliuq..

rasa nak beli je sume kek kat kedai tu..

Lepas mendapatkan apa yg dihajati terus cari kedai tuk lepak..
nak lepak lelama pun tak leh dah, sbb hari dah larut malam..
tau la aku kan dayang senandung, tak leh balik lewat2 sgt..
*apakah?? hahaha..

agak2 tgn sapekah itu?
tgok saiz pun dah tau kan??
hahahaha.. giler jahat aku..
lalink mok, sok2 kasi lagi voucher Jusco yek..
muah! muah! muah!

sila jgn muntah di sini..

Blog Agak LEM Dalam 2 3 Menjak Ini

Date: 8.18.2009 |
Aku sekarang tgh gilak men facebook..
tambah² gilak bila ngadap kebun yang tiap² masa menghasilkan buah itu..
bukan aku sorang je yang layan benda ni..
aku rasa kalo g je mana² pc kat ofis semua akan melayari facebook ni..
bos² pun main, so tak leh nak kata apa la kan? kan?
lalalaalaa..

Dan bila masa byk di habiskan di facebook tu,
makanya dgn rasmi blog ini akan terabai..
ko giler mana aku ada masa nak layari semua website..
ingat aku tak de keje lain ke?
walaupun hakikatnya tak de keje.. hahaha..
bukan tak de keje..
sebenarnya dgn kata lain malas nak wat keje..

Ptg ni nak jumpa dak mok..
tak sabar rasanya nak tunjukkan kasut yang aku belikan tuk nya semalam..
smart woOo kasut tu..
tgok ar sape yg pilih..
*giler bangga ni..

gambar tak de..
tgu entry akan dtg..
dari mana aku dapat duit tuk beli kasut itu,
aku akan cerita di lain episod..
tungguuuuuuuuuuuuu...

Lambatnya dak mok ni sampai..
td borak dgn sorang rakan, dia telah mencetuskan 1 perkataan yg sungguh comel.. "bambam"
kalo tukar nama mok tu ke bambam agak² mok marah tak?
*kompem kene piat ni.. larikkkk!!!!

Bila Tangan Dah Gatal, Otak Pun Naik Malas

Date: 8.14.2009 |
Apa punya tajuk pun tak tau la..

Tgh boring² td, aku cari wallpaper tuk desktop pc aku..
cam bosan je guna wallpaper lama tak bertukar²..
cari punya cari terjumpa la pic ni..
amacam cun tak?


tp cam tak ganas je..
cam suram je..
wallpaper desktop pc ni memainkan peranan jugak..
kalo desktop pun serupa cam tak bermaya,
nanti nak wat keje pun takde semangat tau..
hehehe.. [alasan baik punyaaaa]

ni wallpaper yg lama..
rasa cam lagi gempak yg lama jek..
huhu..
korang rasa mcm mana?
tak lawa eh yg baru??
erk kene cari yg lain la cam ni..
huhuhu..

Internet Lem...

Date: 8.13.2009 |

Eeee..
rasa cam hape jek..
terbantut segala kerja aku tau..

Internet hari ni mmg lem cam hape pun tak tau la..
sgt menguji kesabaran..
rasa nak hantuk² je pc ni ke dinding..

Bila tak bleh searching, kita tido bleh tak?
malas ar nak wat keje.. ngeeee...

Bunga-Bunga Cinta

Date: 8.10.2009 |
Erk ni bukan lagu Misha Omar itu ye..
tajuk ini berkaitan dengan bunga² yg tengah mekar di taman larangan..
waahhh gitu!!
hahaha

sebelum citer dengan lebih lanjut jom kita layan gambar lu..
kasi korang jeles..
jeles ke?? hehehe..





tengok la..
bunga lagi besar dari aku..
cam ne?

Ada yg jeles ke?
ada? tak de?
tak pe yg penting aku happy hari ni..
giler!! mau tak happy..
dari depan pintu sampai ke meje senyum sampai telinga..
tu belum kene usik dgn kawan² lagi..
pipi dah merah cam buah naga tau.. huhu..

jam 12 tgh hari td..
ada seorang lelaki datang di kaunter opis aku..
tetiba ada beberapa org dok berkata²..

*waaaa.. ada orang hantar bunga laa...

cepat² aku pandang kaunter depan..

*waaa.. besarnya bunga...

*sape punya la tuu...

tetiba...

*roziiiii!!! ada bunga untuk kamu ni..

erk!! mata aku dah bulat..
mulut dah terlopong..
giler.. terkejut siot..
dak² ofis dah sorak² dah..
malu giler time tu..
huhu..
dalam kepala.......
*sape la wat dajal kat aku ni..
tp dalam hati...
*waaa dapat munge.. bestnyeeeeee...

sape la gerangan yg baik hati belikan bunga ini?
apa?? secrate admire??
erk ada ke yg SA aku ni?
teettttt...
hahaha..

Love you to sayang
muah!! muah!!
*giler gatainya... hahaha..


Cerita Yang Sangat Bosan

Date: 8.07.2009 |

Aku tgk citer ni hari Selasa lepas dengan mok..
giler bosan siotttt..
tak tau apa motif citer ni..
nak kata kelakar sgt tak jugak..
nak kata ada pengajaran disebalik citer ni pun tak jugak..
nyesal aku setuju tgok citer ni..
huhu T_T
pas ni nak tgok The Proposal plak..
ada sesape yg dah tgok citer tu?
best tak?
ke tak best?


Petugas Konvokesyen Dan Balik Kampung Emergency

Date: 8.06.2009 |
Gambar tiada kaitan antara yg hidup @ yg telah meninggal dunia.

Weekend ni ada konvo kat UPM sampai la hari rabu..
dan aku terima la azab susah nak cari parking..
rasa cam nak naik moto je dtg keje..
huhu T_T

dari smlm lagi parking kat bawah ofis aku ni dah di tutup..
dorang nak bukak garai kat situ..
cam tak de tempat lain dorang nak bukak gerai..
ni yg rasa nak hangen je..

smlm aku dah start keje di dewan kuliah tuk proses pemberian jubah pada student..
giler pagi² dah beribu org kat dewan tu..
pening pale aku di buatnya..
hujan lebat pagi tu langsung tak menurunkan suhu badan aku..
di tambah lak dengan karenah student yg macam², lagi la aku bertambah2 panas..
sabor.. sabor..
kene control cun.. hahaha..

tp bila di tugaskan bersama mamat yg sengal, bertambah² la berganda² aku punya panas..
mmg sengal mamat tu..
nama tak perlu mention la kan..
kang ada nama yg sama terasa plak..
kak eda tau la sape gerangannye..
kan kak eda kannn..
yg aku nak mention kat sini aku tak tahan dgn bau badan dia..
muka je hencem [hensem ke??]
tp bau... perrrgghh tak leh bla langsung..
aku nak lari dari situ tp tak de kaunter yg kosong plak..
nak je sound "weh badan ko bau tengik arrr!!"

dalam jam 2, akak aku plak kol..
maklong aku kat Sungai Besar meninggal..
innalillah..
aku dgn segeranya pulang ke rumah..
amik baju 2 3 helai, terus bertolak ke Sg.Besar..
sampai sana dalam jam5..
sangat penat bila tekejar² ni..
sib baik sempat jumpa arwah..
ermm dlm masa 2 minggu ni je aku kehilangan 2 saudara yg sgt rapat dgn aku..
mungkin dah ajalnya.. semoga roh mu di cucuri rahmat..
al-fatihah..

jam 12 td dah sampai kajang..
drop mak aku, pastu terus aku g keje..
nak jimatkan cuti la katakan..
kang raya org sume beraya kat kg aku plak yg berya kat ofis..

ok la kawan² sekarang tibalah masa tuk pulang..
take care semua..
daaaa...

Weeding Ezrin & Firdaus

Date: 8.03.2009 |

Majlis berbahagia ini berlangsung di Puchong Perdana pada tanggal 2 Ogos 2009
Semoga kalian berdua bahagia ke anak cucu..
Tahniah.






Jam 12 aku dah sampai di rumah pengantin..
gila semangat nak makan nasi minyak tuu.. haha..
pastu masing² malu nak masuk sebab tetamu tak datang lagi..
terpaksa la pusing² kat perumahan tu..
konon² nak amik angin..
padahal mana ada angin.. panas terik masa tu.. haha..
yang best kitorang dtg dgn memakai baju ala² tema baju pengantin..
berangan nak jadi pengapit la konon²nya..
padahal tak terpilih pons..
hahaha..

tulisan bertukar mengikut kaler tema baju pengantin.. boleh??
sukati ar.. blog aku.. hahaha..


Nak tgok gambar seterusnya? klik [sini]


Sabtu.

Date: |

Pagi² lagi aku dah bangun..
tapi sebenarnya tak la pagi sangat..
jam 9 baru bukak mata..[apa punya anak dara la kan.. alah hari cuti beb.. bese ar]

dah janji dengan Ira nak jumpa dekat The Mines jam 11 pagi..
aku plak baru terkedek² nak mandi la, nak basuh baju la.. huhu..
mak aku dah bebel²..
tau nak kuar tp bangun lambat..
aku cam bese ar sengeh je cam kerang busuk.. haha..
sib baik mak aku tak ajak g pasar pagi tu..
kalo tak lagi lambat aku sampai kat The Mines tu..
dan nescaya si Ira tu akan muncung.. hahaha...

sampai je kat The Mines terus beli tiket wayang..
citer Ghost Of Girlfriends start jam 1130..
sempat lagi teman Ira layan Dunkin Donuts..
lapo katanya.. siann.. anak sape tak di bg makan ni.. hehe..
citer GOG ni kira ok la..
nama je cam menyeramkan..
tp kelakar tak hengat langsung..
rasanya citer ni tuk 20 tahun ke atas kot..
sgt sensor..
cam bongok je.. haha..

lepas habis tgok movie, perut masing² pun lapo..
cari port baik punya kat The Mines..
biasala bila dah byk pilihan mula la gedik tak tau nak pilih yang mana 1.
last, dengan kata sepakat perpaduan, nak try la makan kat Lemon Restoran..
sape tak tau Lemon Restoran ni?
alah David Teo punya restoran tu la..
1st time masuk situ mula la wat muka jakun..
amik gambar bagai la..
sekali bila tgok menu........................
mak ai!!!!!!
mahal giler..
punya la lama pk sebab tak tau nak makan apa..
bukan sebab banyak pilihan sedap²..
tp pilihan yang ada senua mengcekek darah..haha..
sian kitorang..
tambah sian lagi kat Ira la..
sebab dia yang bayar semua harga makanan..
aku nak bg duit dia tak nak..
pssttt.. ko baru dapat durian runtuh ke?? haha..
pape pun thanx Ira..


Blog Widget by LinkWithin
 
Copyright @ 2009 -[RozlHazarl]-[klsaH]-[klTa]-: August 2009 | Original Design: Music Joomla Template | Modified By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox