Esok.

Date: 7.31.2009 |

esok nak g jalan²..

membawa hati yang terluka.. boleh??

ada sesapa nak ikot??

tak de?

tak pe..

selamat berhujung minggu kawan²..


* jgn di tanya ke mana aku pergi.. cewaaahhhh...

BIla Apa Yang Kita Nak Tak Dapat

Date: 7.30.2009 |

kecewa...


rasanya hidup seorang lebih bagus..
tidak perlu risau untuk menjaga hati orang lain..
dan tak perlu risau hati dilukai..

dok lam hutan la cam ni..

i'm not happy

H1N1-CUTI PERTENGAHAN SEMESTER UPM DIAWALKAN

Date: 7.28.2009 |

Universiti Putra Malaysia (UPM) mengumumkan Cuti Pertengahan Semester Pertama Sesi 2009/2010 (17 Ogos 2009 hingga 23 Ogos 2009) lebih awal sebagai langkah menangani penularan wabak H1N1. UPM mengumumkan Cuti Pertengahan Semester Pertama selama satu minggu, berkuatkuasa mulai 29 Julai 2009 hingga 4 Ogos 2009.

Selaras dengan pengumuman tersebut,
semua aktiviti akademik dan aktiviti-aktiviti lain dalam universiti yang telah dijadualkan dalam tempoh tersebut dibatalkan. Langkah yang diambil oleh UPM adalah sejajar dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani masalah penularan wabak tersebut.

Sekian, untuk makluman.


* Dikatakan seramai 200 orang pelajar telah dijangkiti H1N1. [tak tau la betul ke tak]
* 3 orang positif. [yang ini betul]
* Mulai esok semua pelajar dikuaratin. [diminta balik ke rumah masing²]
* Pelajar dari Sabah dan Serawak dikuaratin di kolej masing². [siannye]
* Semua aktiviti terpaksa dibatalkan serta merta.
* Yang tak best nape staf tak di berikan cuti.. [tak adil betul]




Adakah dia serius mengenai saya?

Date: |

Tak semua lelaki tu sama. Mereka mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan perasaan mereka. Apabila seorang lelaki itu serius terhadap kamu, dia mungkin mahu mempunyai hubungan yang serius. Apabila ini berlaku, sesetengah lelaki mungkin mengajak kamu untuk berbincang. Untuk lelaki yang lain, mereka mungkin tak mahu berlakunya perubahan drastik terhadap apa yang dah kamu kongsi bersama, dan pada masa yang sama dia dah mula menganggap yang dia serius dengan kamu. Memang tak ada peraturan sebenar mengenai bagaimana untuk memulakan perhubungan, tetapi kamu berdua mungkin mula masuk ke tahap yang lebih serius apabila:-

  • Kamu menjadi lebih eksklusif. Kamu berhenti keluar dengan lelaki lain dan dia pun tidak menghiraukan gadis lain. Kamu saling keluar dan menikmati waktu bersama.

  • Kamu saling bercakap telefon pada penghujung hari hanya untuk bertanyakan khabar. Ini satu perbuatan matang dan cara untuk menunjukkan yang kamu ambil berat terhadapnya.
  • Kamu saling mendengar. Kamu mungkin tak setuju antara satu sama lain tapi sekurang-kurangnya kamu mendengar celotehnya.

  • Kamu mula mengingati tarikh-tarikh istimewa dan mula menyambutnya. Contohnya sambutan hari pertama kamu berjumpa, atau dengan memberi hadiah semasa hari lahir.
  • Kamu mula menghormati keputusan dan perancangan satu sama lain. Ini merupakan salah satu langkah untuk kamu mula serius. Apabila seseorang itu berkata “tidak”, pasangannya akan mula mendapat mesej dan menghormati keputusan itu. Tak ada lagi perbalahan remeh seperti mana nak makan, filem apa nak tengok dan macam-macam lagilah. Bila kamu serius mengenai perhubungan, kamu berusaha untuk membuatkan ia berjaya.

  • Berjumpa dengan ibu bapa. Si dia dah mula bawa kamu pulang ke rumah untuk berjumpa ayah dan ibunya. Dia juga mungkin mengajak kamu untuk turut serta dalam keraian yang hanya melibatkan keluarga dan rakan terdekat sahaja.
  • Jumpa dengan gengnya. Seorang lelaki paling selesa bila dia bersama teman-temannya. Ini merupakan tanda baik untuk menunjukkan yang dia dah mula selesa denganmu. Satu cara yang baik juga untuk mengetahui sama ada kamu serasi bersama.

  • Menepati masa. Janji jam 3. tapi jam 12 sudah bersiap sedia.. bukannya janji jam 3 tapi 330 baru lepas mandi..[huhu.. yg ni saje aku tambah..ngee]

*info dari kotex.


Malasnyeee..

Date: 7.24.2009 |
Bila dah malaskan, nak wat pe pun tak jadi..
entry yang dah di type pun rasa cam malas je nak publishkan..
huhu bleh??
last² aku delete je entry tu sebab ayat tunggang langgang..
aku sendiri pun tak faham apa yg aku tulis.. huhu..

tu je nak tulis..
sekian...

eh.. eh.. dalam malas² tu, smlm aku sempat masak puding cpcktail tuk jamuan kat opis pagi tadi.. to ima, rugi ar ko tak dapat nak rasa puding yang akak buat.. tu la sape suh tak dtg td..

BIla Tak Suka Semua Perkataan Keluar

Date: 7.21.2009 |

* aku nak pulangkan balik cincin tunang aku..
* kenapa? tak leh bawak bincang dah ke?

* aku dah larat nak layan perangai dia.. makin lama makin teruk perangai dia..
* sabar laa.. mana tau leh selesaikan cara lain..

* aku dah tak sanggup nak sabar dah.. aku terseksa!!


kenapa boleh jadi macam ni..
orang yang kita sayang, tiba² berubah sikapnya..
adakah itu 1 dugaan semasa bertunang?

yang lelaki pun bila marah jangan la keluarkan segala perkataan yang tak sepatutnya..
kami perempuan ada perasaan..
bukan tunggul kayu yang hanya boleh duduk diam dengan apa yang kamu katakan..
sekarang kau marah, kau maki..
esok lusa dia juga yang kau sayang..

bak kata ira..
"bumi ni bulat je.."

Bila Blackout Apa Akan Jadi?

Date: 7.17.2009 |

Sape tau apa akan jadi?
mesti la lampu padam kan?
dah lampu padam mestila gelapkan..

kalo dah dok opis apa akan jadi?
mesti la lampu, pc, aircond, semua bagai akan padam jgk kan?
agak² lift pun padam jugak tak?
oh.. oh bukan padam tp lebih kepada stop..
apa la akan jadi, kalo lift stop tp ada org kat dalam?
ish.. ish.. siannye org tu..

tp nape bila aku yg mengalami tak de org yg kesian?
siap kene gelakkan lagi..
hampeh betul..

semua org tau kan, hari ni hari jumaat rehat awal dan lama..
aku and the geng bersemangat ultraman la nak g mkn kat luar..
kuar dr ofis jam 1210..[rehat jam 1215.. 5 minit je awal..uhuk uhuk]
tekan lift.. tgu lift turun.. tgok ada 4 org dalam tu.. aku and the geng 6 org.. sume 10 org..
tetiba....

arrggghhhhhh!!!!!!!!!!

gilos sakit tinge aku tau!!

semua jadi gelap gelita..
masing² sibuk mengeluarkan hp yg mahal²..[tuk menerangkan suasana laa..]

waaaa... nape blackout ni..
tak pe.. tak pe.. kejap je ni.. nanti pintu lift bukak.. [waaa ada yg menenangkan keadaan plak]

ada yang menekan loceng kecemasan..

5 minit berlalu.. pintu belum terbuka lagi.. bantuan pun tiada..

tak cukup dengan tekan loceng kecemasan, pintu lift kitorang ketuk..
jerit² mintak tolong..

tolong!! tolong!! ada orang kat luar tak? kitorang ada kat dlm lift ni!!

ok².. dah tau daaa..

erk!! dah tau tolong la bukak pintu ni..
panas dh ni..
ketiak pun dah basah daaa..

tetiba kedengaran seperti ada cubaan utk membuka pintu lift itu..
bunyi bising.. dari atas ada.. dari bawah pun ada..
pastu senyap semula..

aik lift ni benti tengah² ke..
waaa.. pakai baju kurung cam ne nak panjat ni..

20 minit berlalu baru la lift berfungsi..
pintu lift terbuka..
semua meluru keluar..
waaaa.. ramainye org..
hampeh.. org ramai, sorang pun tak tanya kitorang ok ke tak..
yg dorang kata..........

laaa... korang ke yg terperangkap...

oOo semuanya perempuan..

jap² nak tengok sape yg keluar..

eeee... bongok tul dorang ni..
aku dah nek lemas tau lam tu..
sorang pun tak nak bg bantuan ke,kasi air ke,tolong kipas ke..
huh tak patut sungguh..
tunggu la, kalo korang yg kene nanti..

* tp macam kelakar plak.. dok lam tu bukan panic tp dok gelak² plak.. dah la masing² tak mo dok diam.. lift pun jadi goyang².. pengalaman mencabar betul la.. tapi kalo la dok sorang² lam tu.. mau menangis kot..

Bila Kanak² Menangis, Yang Dewasa Turut Menangis.

Date: |

Al-Fatihah.

Tanggal 16 Julai 2009 jam 5 pagi perginya seorang ayah meninggalkan isteri dan anak² untuk selamanya². Aku menerima panggilan dari kazen aku dari Sg.Buluh mengatakan kazen aku yg di Port Dicson telah meninggal dunia. Seperti tidak disangka kerana arwah tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini.

Ntah la mungkin ajal sudah tiba tiada apa yang bleh menghalang. tp agak terkilan sebab tak dapat jumpa arwah sebelum ini. 2 3 minggu lepas mak aku ada ajak tuk ke sana melawat arwah sekeluarga, hajat tak kesampaian sebab ada je halangan yang menimpa. mungkin tiada rezeki di situ.

Doa aku semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. Semoga arwah ditempatkan di golongan org² yang beriman.. aminn..

* teringat masa aku dulu.. kecik² dah tak de ayah.. waaaa abaaahhhh!!!! :n3sl0_73:

TAG dari QIS Lagi

Date: 7.15.2009 |

Rule : ~
1. Upload 3 keping pic "candid yang wow~!!" anda.
2. Describe it.


Ni gambar kat PJ..
tgh tgu hujan reda sebab nak g makan..
muka lapoOo.. hahaha..


Ni pun kat PJ jugak..
kat kedai makan..
ni muka tgh kenyang.. muahaha..


Ni tak silap kat Cheras..
pas makan sup meletup..
oh hp lama ku.. rindu padamuuuuu.. hahaha..


Ni kat mana eh?? [wat² lupa plak.. bleh??]
ni tgh ushar kot² ada anjing jadian menyerang.. hahaha..
tp yg pasti perut sudah di isi dgn makanan.. muahaha..


Ni plak kat leisure mall cheras..
tgh tgu nak tgok citer rambo..
nape muka masam??
sebab ni muka tak dapat makan.. hahaha..


* giler kose.. 5 pic gua up.. hahaha

3. Tag rakan2 yang laen..sukati la berapa orang pun..
  • YaniePutrajaya
  • Yana
  • D
  • Aliya
  • chenta
* semua gambar berkaitan dengan makan..
* semua gambar juga di snap oleh MOK
* dan semua gambar di cilok dari friendster MOK.. hahaha.. gue tak ada gambar candid oh..


Bila Lagu Itu Menjadi Pujaan Kalebu..

Date: 7.13.2009 |
Kalau sudah menjadi pujaan kalebu,
1juta kali dengar pun tak jemu..

cewaahh cam pantun plak..

aku tgh gilak dengar 1 lagu ni..
dulu dah penah dengar lagu ni..
tp tak la plak kene histeria nak dengar beribu kali..
sejak buka blog D. [D punya pasal la ni] sian dia dipersalahkan plak.
haha.. ampun D.. member tgh putus wayar ni..

mau ngak dengar lagu ini?
waa tetiba speking indon ni..
yelaa.. sbb lagu yg aku suka ni lagu indon..
kan dah berjangkit..
psstt sib baik tak de pakwe mamat indon.. hahaha..
tp....
mlm td tgok drama lakonan Irwansyah.. cutenye dieeeee...

apa kaitan Irwansyah dgn lagu ni??
ntah..
layan je laaa....
lalallaaa..



Di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Movie³.. Layan Sampai Muntah Ijo..

Date: |
Hari sabtu lepas aku layan Ice Age 3 tuk kali kedua..
kali ni pergi dgn dak IRA meknon dan anak buah dia yg hensem..
hensem ke?
oh² tak hensem..
muka jambu siott...

auntie ira, kita nak ngorat abg aan bleh??
nama dia aan kan? nanti kim salam kat dia yek..
cakap kat dia adik matahari cun meletop kim salam..hahaha..

hari ni aku mcm malas jek..
sib baik ada report yg kene hantar 16hb ni..
kalo tak dok melepak je tanpa wat keje..
mood mmg tak de langsung!!



Jom Edit Gambar

Date: 7.09.2009 |


Best jugak layan edit gambar ni..
hilang stress yg ada..
rasa nak edit semua gambar yg ada..
disebabkan masa tak de..
ni je sempat buat..
ok la.. balik dulu..
cau cin cau...

Sape Yang Mulakan?

Date: |
Yes!! aku mmg tak bersalah..
kalo kau rasa kau betul, nape melarikan diri dari kebenaran?

diri sendiri yang salah..
nape nak salahkan orang lain??

and wait!
kau yg mulakan dulu..
so aku sambungkan aje..
kau tak nak layan.. tp kau layan jugak..
aku sibuk pasal pergaduhan J & A pun ko amik tau..
pastu nak citer kat blog..
nape nak amik tau pasal aku??

even aku nak sentap, itu urusan aku...
sebab aku frust mengenali orang seperti kau..
so what??
aku nak ungkit sampai kiamat pun itu hak aku..
sebab aku tak bersalah..

Yes!! mmg aku rindu..
rindu dgn kenangan lama..
rindu dgn kisah lama..
kau??
of course la tak kan..
sebab kau tak ada hati..
kalau kau bagus sangat kau tak akan buat aku mcm ni..
kawan yang kita percaya.. yang kita rapat.. tp buat kita mcm sampah je..
itu boleh di panggil manusia ke?
kalau aku macam sial kau apatah lagi??

TAG dari QIS

Date: |
1. Bekas kekasih saya adalah:- Polis

2. Saya sedang mendengar:- Bunyi aircond.. sejukkkk...

3. Mungkin saya patut:- Makan.. tapi tak de selera plak..

4. Saya suka:- Tengok wayang.

5. Sahabat - sahabat baek saya:- Saya tak ada sahabat baik. tak mo baik dengan sape². serik!!

6. Saya tak faham:- Apa salah saya??

7. Saya kehilangan:- Orang yang saya percaya..

8. Ramai yang berkata:- Saya sombong.. tak kenal maka tak cinteeee..

9. Makna nama saya:- Tak ada makna kot..

10. Cinta itu adalah:- Suciiiii...

11. Di sesuatu tempat, seseorang sedang:- Tak de orang.. semua dah kuar makan.. kecuali saya..

12. Saya akan cuba:- Menerima segalanya..

13. Ayat selamanya membawa maksud:- Hingga ke akhirnya.

14. Telefon bimbit saya:- N82

15. Bila saya terjaga dari tidur:- Tengok hp.. pastu.... "hari ni hari apa eh?"

16. Saya paling meluat apabila:- Orang itu gedikzzzz...

17. Pesta/Parti adalah:- Party buih.. hahaha...

18. Haiwan paling comel yang saya pernah temui adalah:- Semua haiwan yg tengah tido comel..

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya:- Semua peringkat umur best.. byk kenangannya.

20. Hari ini:- Hari khamis.. esok jumaat.. lusa sabtu.. yes!! cuti!!

21. Malam ini saya akan:- Tengok keliwon.. heheheheeeee...

22. Esok pula saya akan:- Pergi lunch kat Bangi.. dah plan baik punyeee...

23. Saya betul2 inginkan:- beg dan jam baru.. belikan laaa....

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:- alhamdulilah masih cukup sifat.

25. Pusat membeli belah atau arked permainan:- atas katil

26. Makanan Barat atau Jepun:- masakan kampung laaaa...

27. Bilik yang gelap atau terang:- Gelap. senang nak tido.

28. Makanan segera adalah:- Sedap

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:- Kita tak kacau dia pun..

30. Siapa yang anda mahu tag:- Ima - ko buat ni.. tak buat tak mo kawan ko.. haha..

Jiwa Kacau Bilau

Date: 7.08.2009 |

kan hari tu beg kita koyak..
kita dah jahit balik.. [giler sayang tul kat beg tu]
tp semalam beg tu koyak balik..:n3sl0_73:

hari ni kita mengalami kesakitan perut yang teramat..
nak jalan pun terbongkok² macam nenek kebayan..
oh seksanyee..:n3sl0_73:

hari ni hujan tak?
tak eh?
letak gambar hujan tak pe kan??:n3sl0_17:

Nape Ada NO Dalam YES?

Date: |
hurrmmmm...
straight to the point kan senang..
tak perlu nak keluarkan segala hujah alasan yang ada..

kadang-kala berdiam diri lebih baik dari segalanya..

u can do it!!
hidup berdikari mmg dari dulu lagi telah di lalui..
mengapa sekarang memerlukan pertolongan orang lain??
:mRambut:



*eh eh nape mata kamu bengkak??
*sebab malam td kita mimpi jumpa michael jackson...:mGuilty:


Ice Age 3

Date: 7.07.2009 |
Aku belum tengok lagi la..:mGuilty:
petang ni baru nak tengok..
sape dah tgok??
best tak? best tak?
ada gelak sampai terburai isi perut tak?:mKening:
aku mmg dah tak sabar nak tengok ni..
tiket dah beli dari semalam dah..
sekarang ni tengah tunggu mok dtg..
cepat la mok..
tak sabar dah ni... :mGelak:

"Mane Ade Sape Nak Kawan Dgn Dia Lagi.."

Date: 7.06.2009 |
Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold
....

cam hape je nyanyi lagu tu..:mJahat:

I'm Lonely?

Oh tidak sama sekali..
hidup aku sgt happy sekarang ni..
masih ada lagi org yang masih syg kat aku..
of course la my family and Mohammad Hazari (mok)
hari² ada je aktiviti yang aku buat..
aku pun bukan la jenis yg nak menjalan je..
ada masa aku memerlukan ruang dan waktu untuk berehat..
biasalah hobi aku kan tido.. Zzzzz..
so tak perlu la ada yang risau pasal tak ada org nak kawan dgn aku..

Aku tak de kawan??


Ira masih nak temankan aku g jogging dan tgok wayang sambil kenyangkan perut..
kawan² office aku masih sibuk nak ajak aku kuar lunch sama²..
hp aku plak masih menerima sms dan call "bertanya kabar" dari kawan² yang dah lama tak jumpa..

So sape yang tak de kawan eh sekarang ni??

"ko perasan tak, sejak ...... couple dgn ...... dia dah lain la.."
"lain macam mana tu?"
"dorang asyik hidup dalam dunia dorang je.. nak berkepit je.. aku rasa cam terpinggir je bila keluar dgn dorang..."
"oh aku perasan jugak..."
"jom pulaukan dia nak.."
"jommmm.."

kalau lah dia ingat kata²nya ni mesti sekarang dia tak cari budak yang dia tak suka sgt dulu tu..
tp nape dia cari balik eh??
teng teng teng..:mBerangan:
oh.. oh aku tau jawapan dia..
"aku dah sedar dengan kesilapan lalu.....":puteh_16:

Oh Aku Sentap??


Mana ada aku sentap..
aku tau hari tu xbf ko dgn scandal ko yang gaduh..
oh scandal??
betul la.. kan dulu masa ko baru clash dgn xbf ko tu, ko tergedik² dgn scandal tu..
betul kan.. betul kan..
tak betul tak pe.. sape nak caye kan aku..
mungkin hanya lalang² di padang sahaja.. :mKorek:
masa dorang gaduh tu aku saje je nak nyibuk..
tp tak nyusahkan ko pun kan? kan?
xbf dan xgf sama je.. KAWAN MAKAN KAWAN..
agak² tujukan kat sape eh??
sape makan cili dia yang terasa pedas..
lalalalllaaa...

tapikan kalo aku sentap pun nape??
nape ko kisah???
tu maknanya aku masih ada nilai persahabatan..
kau??
sentap??
tak kan??
sebab apa??
sebab ko tak de perasaan persahabatan itu..
sebab ko mudah lupa kisah semalam...:mHurm:

TRANSFORMER Round Ke-2

Date: |

Dah nama pun kaki wayang kan..
so kalo tgok 1 citer 10 kali pun tak pe..
hehehe...

Hari sabtu lepas pi meronggeng dgn IRA di OU..
sgt syok woOo berfoye² sama dia..
sebab apa??
sebab dia tau semua jalan kat KL ni..
aku??
cam biasa la.. buta jalan..
eh bukan buta la.. rabun jekkk...
hahaha.. tak nak ngalah tuu..
tp kan, kitorang kalo g mana² mesti pergi ikot jalan lain.. bila balik ikot jalan lain..
huhu.. kadang aku sendiri pun naik pelik..

Kul 1 dah terpacak kat rumah dia..
tp kul 2 lebih baru sampai OU..
bukan aku bawak kete lembap ok..
cuma jalan agak sesak jekk..
citer start kul 3..
di sebabkan tiket sudah di belikan oleh dak mok so tak perlu tergesa² di situ..
kul 230 pun kami masih dok lepak di pizza hut..
masing² sgt jakun dok men tekan² butang tuk panggil water..
servis sgt lembap walaupun no meje kitorang dah patblas kali blink² kat screen dpn tu..

Lepas layan movie kitorang pi layan Big Apple Donut plak..
wahh.. mmg hari mengenyangkan perut..
kitorang janji nak joging hari ahadnya plak..
semangat giler nak kurus..
tp bila mkn tak hengat.. T_T

*lupa nak amik gambar.. padahal kitorang dah pakai baju yg hampir sama.. IRA jom amik gambar pakai baju semalam.. bleh???

Lalalallaaa...

Date: 7.03.2009 |



cuba teka apa ada dlm kotak itu...
tgok kotak pun dah tau kan.. ha³




dak mok yang tolong bayorkan..
TQ sayang..

darling nanti tolong bayorkan kain yg i amik kat makcik bedah tu..
dah 3 bulan i tak bayor.. he³







kenelah posing pakai spec baru.. he³:mKening:
jgn maraahh...

Award dari Myeza

Date: 7.02.2009 |


RULES :

Copy award untuk diletakkan di blog anda.
- dah copy daaa..


Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini
*wah yang menarik je ke? yang tak menarik tak leh ke? he³
1. Seorang dak perempuan bernama myeza.. [nama penuh tak tau ok]
2. Kenal dlm dunia blogger
3. Penah jumpa masa celebrate besday dak mok
4. Seorang nurse yang dedikasi
5. Tinggal di Ampang tp family di Kajang.. [tak silap aku la..]
6. Ada seorang kawan baik yg mukanya seiras macam dia..
*fuhh cukup 6.. kalau fakta salah harap diampunkan.. ngeee..

Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..
*alahai.. ni yang malas ni.. byk betul..
1. Seorang awek kepada lelaki bernama Hazari.. [ehem!!]
2. Suka makan nasi lemak dan gegula hacks itam
3. Suka beli baju kaler gelap².. [kaler itam la tuu..]
4. Suka kumpul koleksi kereta mainan..
5. Suka tengok cerita katon.. [detektif conan.. best!!!]
6. Tak suka makan makanan yang sama banyak kali..
7. Cepat marah, tp tak suka buat org lain marah..
8. Mengalami masalah rabun jauh.
9. Berambut pendek sejak dari kecil lagi.. [maknanya selalu potong rambut laa..]

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
*10 je? lebih tak leh ke? ahak!!
1. Elva
Aku tengok dia ni suka jalan cuti² Malaysia

2. FQ
Tak bape nak kenal.. jom kenali dia..

3. Liquid
Org tgh angau ni.. Lama tak bagi award kat mamat ni.. kali ni nak seksa dia plak.. jgn tak buat tau..

4. Meeby17
Baru je kenal awek ni.. Suka tengok lubang kat pipi dia.. [dia ada lesung pipi laa...]

5. Miss Durian Runtuh
wahai org kampung.. amiklah award ini ye..

6. Oshinz
Awek kepada topek.. lama sudah tak ketemu kamu.. bila mau ngedet bersama?

7. Yannie
Kak kim salam kat aiman ye.. ngeee...

8. Daus
Seorang yang gigih dan rajin buat tutorial blog

9. Yana
Adik manis yang suka pakai tulisan kecik².. tak nampak woOo..

10. Ecah
Awek yg suka kucing.. i pun suka jugak tau.. miawww...

*Fuhhh settlee....:mPanas:

Aku Kaki Tido Tapi Sukar Nak Tido

Date: 7.01.2009 |

Semalam kan aku g mendetink..
so g la mkn².. mkn².. dan mkn lagi..
jgn tak tau, aktiviti mkn² adalah aktiviti utama kami..
dak mok kata nak bagi aku besar skit..
tp yg pelik aku tak gak besar²..
yg aku nampak dia yg makin membulat.. hahaha..
*jgn marah darling.. u tetap comel walaupun bulat cam beruang..

Location at The Mines..
sebelum g makan sempat singgah di kedai MOG..
apakah itu??
kedai cermin mata la...
setelah di paksa dan ada adegan tarik menarik dan tumbuk menumbuk, (aku tipu je)
akhirnya terpaksa jgk aku masuk kedai tu untuk menggantikan cermin mata aku yg dah berkurun tak tukar ni..
aku mengalami rabun jauh ok.. dari sekolah lagi..
tp ini bukan penyakit keturunan yang di war²kan oleh dak mok..
*jahat kamu kata kita ada penyakit keturunan.. sob sob..

Setelah round patblas kali Mines tu mesti penatkan..
patblas kali??
kita tipu ok.. lepas mkn terus kitorang balik.. hahaha..
tp sbb siang tu aku keje mesti la tenaga aku kehabisan kan..
sampai rumah je aku dah terlentang atas katil..
belum sempat terima sms dari dak mok sampai rumah aku dah lena..
tp aku terjaga dlm kul2 sbb dapat call dari dak mok..
borak kejap je.. sbb aku rasa ngantuk sgt masa tu..
tp bila dah off hp, tetiba mata segar bugar lak..
tak leh langsung nak lena walaupun mata aku dah pejam rapat²..
cuma belum letak gam je..
oh oh.. ni yg tak suka ni..
sampai kul 3 lebih aku dok terkebil² lagi..
tak tau la kul bape aku lena..
tau² dah pagi..
skrg ni mata tgh rabak..
mengantok sehh...
waaaa!!! aku nak tido!!!!!
Blog Widget by LinkWithin
 
Copyright @ 2009 -[RozlHazarl]-[klsaH]-[klTa]-: July 2009 | Original Design: Music Joomla Template | Modified By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox