
Universiti Putra Malaysia (UPM) mengumumkan Cuti Pertengahan Semester Pertama Sesi 2009/2010 (17 Ogos 2009 hingga 23 Ogos 2009) lebih awal sebagai langkah menangani penularan wabak H1N1. UPM mengumumkan Cuti Pertengahan Semester Pertama selama satu minggu, berkuatkuasa mulai 29 Julai 2009 hingga 4 Ogos 2009.
Selaras dengan pengumuman tersebut, semua aktiviti akademik dan aktiviti-aktiviti lain dalam universiti yang telah dijadualkan dalam tempoh tersebut dibatalkan. Langkah yang diambil oleh UPM adalah sejajar dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani masalah penularan wabak tersebut.
Sekian, untuk makluman.
* Dikatakan seramai 200 orang pelajar telah dijangkiti H1N1. [tak tau la betul ke tak]
* 3 orang positif. [yang ini betul]
* Mulai esok semua pelajar dikuaratin. [diminta balik ke rumah masing²]
* Pelajar dari Sabah dan Serawak dikuaratin di kolej masing². [siannye]
* Semua aktiviti terpaksa dibatalkan serta merta.
* Yang tak best nape staf tak di berikan cuti.. [tak adil betul]



















3 Comment:
ok..staff kne terus la bekerja..
biar kiter dpt cuti seminggu...
3 org positif..bhye nie..pelajar sabah sarawak dikuarantin..huhu..cian nyer diorng..
le staff x cuti ke?huhuhuhu
anak kakak di UITM Shah Alam pun kena cuti due to this case...Hmmm
Post a Comment