Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Date: 9.16.2009 |
Asalamualaikum kawan²..
hari ni hari rabu bersamaan 26 ramadhan 1430H.
sangat cepat kan masa berlalu..
hampir tak sedar kita semua sudah berada di penghujung bulan ramadhan..
alhamdulillah... ramadhan yang aku lalui penuh kesyukuran..

Ada yang dah balik ke kampung halaman ke?
amboi bestnye korang dah selamat sampai ke kampungkan.
aku hari jumaat ni baru nak bergerak pulang ke kampung..
harap² jalan tak sesak la kan..
sebab dengar citer sekolah dah cuti hari tu..
kalo jalan sesak mau 4 5 jam baru sampai kampung..
huhuhu.. tak sanguppppppppp..

Kad raya ini aku nak bagi pada semua follower, rakan² blogger, silent reader,
blogger yang tersesat dlm blog aku ni,
dan pada semualah yang sudi amik..
amik la free jek..


Ok lah malas nak cerita panjang²..
di kesempatan ini aku nak mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
aku memohon jutaan kemaafan jika ada penulisan aku di sini menyakitkan hati kalian semua [kompem mesti ada punyaaaaaaaaa]
berhati²lah di jalan raya semasa musim perayaan ini..
semoga anda semua gembira menyambut kehadiran syawal kali ini..
sekian terima kasih..
[wahhhhhh cam wat ucapan raya kat tv plak]

Final Destination IV Yang Mengerikan, Pizza Hut Yang Menyelerakan & Pencarian Kasut Raya Yang Memeningkan.

Date: 9.15.2009 |
Sila jgn tgok lama²..
mungkin boleh mengugatkan iman anda..


Semalam mok cuti..
kalo dia cuti harussssssssss la datang jumpa aku kan.. kan..
kalo tak datang mmg saje la nak kene cubit² kat lengan gebu dia tu..
[nasib ar ko dapat awek garang macam aku]

Disebabkan mok seorang yang memahami [puji ar sikit.. asyik kene kutuk je kan]
awek dia ni ngidam nak tgok wayang,
so semalam dia bawak la aku g tgok wayang citer Final Destination IV tu..
jalan citernya sedikit hampeh, tp action agak mengerikan jugak la..
tp suka suka sebab dah dapat tgok wayang.. TQ mok..

Sib baik la citer tu tak lama.
sebelum kul7 kitorang dah kuar panggung..
pe lagi terus menuju ke Pizza Hut.
sib baik la mok dah book meje awal²..
kalo tak jangan harapppppppp la nak ada meje kosong time² nak buke tu kan.

Lepas perut kenyang baru la boleh jalan² sambil cari kasut raya kan..
hehehe.. sian mok sebab kene ikot aku cari kasut..
sampai menguap² di buatnye..
[teringat plak kat kak eda, kalo ajak g shopping mesti asyik menguap jek. huhu]
dari Jusco Balakong sampai la Mines,
baru jumpa sepasang sandal..
tu pun jenuh la nak pilih.
bila ada yang bekenan di hati, tak de saiz la pe laaa..
haisyoooooooo saje nak mematahkan semangat aku bershopping.
tp tak mematahkan semangat mok untuk ikot aku bershopping..
TQ darling..

Ok lah itu sahaja cerita di hujung² bulan ramadhan ini..
ada masa nanti aku update lagi..
babai kawan² semuaaaaaaaa...


mok pelik tgok tgn aku makin kecik.. pose maaaaaaaaa.. mesti la kecik..
tp aku pun pelik nape tgn dia tak kecik².. pose ke tak ni?? hahahaha..



Nak Jugaaaaaaak....

Date: 9.10.2009 |
:puteh_21:

Dah lama tak g tengok wayang..
tetiba lak teringin nak g bulan² pose ni..
tapi..........................
huhuhu..
nak g jugak boleh tak?
nak jugak.. nak jugaaaaaaaaaaaaak.


Kau Tau Ke Tak Buat Keje?

Date: 9.09.2009 |

Aku: Hello, esok pagi ada meeting. dah bg tau big bos kan?
Dia: Alamak!! esok pagi big bos ada meeting lain la..
Aku: What??
Dia: Kamu ada buat surat ke?
Aku: &%&^%$*$^& [dah mencarut.. tp lam hati je la] Bukan ke meeting tu 8hb dan di tangguh ke 10hb.. bape kali kita nak kuarkan surat?
Dia: Alah mcm mana ye?
Aku: Nape tak bg tau awal² kat big bos sal meeting tu.. kan kita dah bg tau minggu lepas lagi..
Dia: Alah kita lupa la.. apa kata tangguh hari jumaat ke? hari jumaat big bos free.

Kalo ko tak bg tau big bos, buat minggu depan pun tak guna.
tp lam hati je la berkata²..
sabor.. sabor.. sabor..

Aku: tak pe la.. nanti aku inform kat bos aku.
Dia: ok

mula la aku nak mencarut bagaikan..
bulan² pose lak ni.. aku lapo tau..
jgn ar nak wat hal remeh temeh ni..
tu kerje ko, ko buat la elok²..
hasyooOoo
penat ar nak aturkan meeting 2 3 kali..
dah la byk meeting tgh Q ni..
hai sabor.. sabor.. sabor...
Blog Widget by LinkWithin
 
Copyright @ 2009 -[RozlHazarl]-[klsaH]-[klTa]- | Original Design: Music Joomla Template | Modified By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox